The final part is here..,=)
Para PencariMu 10/29/07 04:44 AM:
Emmm….sungguh panas topic ini…kalau sy berdiam diri,mungkin ada yg menganggap mereka telah menang, merekalah yg benar,biarlah saya terangkan secara jelas dan bermakna disini…
Adalah kewajipan kita semua, sbg org ISLAM, adalah menjaga aurat kita,perempuan ada auratnya, lelaki juga auratnya(sedarle yg pakai sluar tunjuk bulu kaki sampai atas lutut
tu),memang tidak adil jika topik ini dikatakan menhentam kaum wanita sahaja…oleh sebab itu, saya jelaskan disini, sy selama ini byk memberi pendapat saya yg ditujukan ke2-2 belah pihak,tidak PREJUDIS,sy lebih prefer menggunakan perkataan saudara-saudari daripada wanita. mungkin sebab tajuk ini membuatkan yg membaca2 post disini melihatnya hanya ke arah wanita.hakikatnya sama sahaja kepada ke2-2nya..
Yang pertama, bagi wanita, sy perjelaskan, menutup aurat tidak hanya pada tudung..cba kita buka mata kita, lihat saudara2 kita diluar sana,cthnya di perancis, pelajr2 disana dilarang memakai tudung/hijab ke universiti/sekolah, termasuklah pekerja2 yg bekerja dgn kerajaan disana..kerana disana undang2 melarang rakyatnya u2k memakai pakaian yg melambangkan agama di skolah dan tempat kerja, hatta org itu punjabi dia terpaksa membuka serbannya..biarpun begitu, mereka mencari alternatif lain u2k mengatasi masalah-masalah tersebut, ada diantara mereka memakai snowcap,bertopi. sungguh patuh mereka pada ajaran ISLAM! Sungguh mereka menhargai ISLAM, biarpun ada sekatan, ISLAM tetap di hati mereka, cemburu juga sy pada tahap iman mereka disana. Selain 2, perempuan juga harus menjaga aurat2 yg lain, harus tahu menjaga aurat pergaulan dan aurat pemakaian mereka, harus tahu menjaga aurat suara mereka,mungkin ada yg tidak faham maksud menjaga suara diatas, ia bermaksud tidak mengeluarkan suara yg manja pada lelaki bukan mahram, sesungguhnya ia senjata wanita yg boleh mencairkan hati2 yg keras, membuatkan lelaki tersebut menaruh harapan padanya..sungguh berat akibatnya..mungkin membawa kepada kemaksiatan…
Yang kedua, jika kita berkata tentang keikhlasan, kita balik pada niat kita, tempatnya dihati,saya sudah jelaskan semuanya dalam post2 sy sebelum ini,cuma en JZM ni je x terbace kot.keikhlasan adalah sesuatu yg tidak dapat dinilai ngan wang ringgit,gred pepriksaan,ianya sesuatu yg abstrak,xdapat dilihat ngan mata kasar, hanya ALLAH TAHU MANA SETAKAT MANA KEIKHLASAN KITA, yg boleh kita lihat pada seseorg sebenarnnya bukanlah keikhlasan tetapi kesungguhan dalam melakukan perkara tersebut. KESUNGGUHAN adalah kunci kepada keikhlasan..KESUNGGUHAN DITUNJUK MELALUI AMALAN/PERBUATAN KITA, NAMUN IA BERMULA DENGAN NIAT! apa yg anda judge ada kemungkinan tidak tepat, mungkin anda dipengaruhi rakan2 anda u2k membuat keputusan tersebut, sy perumpamaan kan 100 org membaca karangan yg sama sudah tentu ada 100 pendapat yg berbeza-beza
yang ketiga, saudara JZM diatas menekankan tentang RESPECT,namun bg sy medium itu kurang tepat digunakannya, hormat ini adalah sebab UTAMA kenapa ISLAM mensyariatkan tuntutan bertudung dan secara general kepada lelaki dan perempuannya menjaga aurat. ISLAM MENGHORMATI PENGANUTNYA, TAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN,tuntutan tersebut menjaga maruah penganutnya, sekiranya seseorang itu tidak menjaga aibnya/kemaluannya, dimanakah sifat hormat itu?sy tujukan kembali kepada saudari aqidah dan jazman kita ni, biar diorg jawab. sy menghormati wanita, malah ibu saya juga wanita,sy ada ramai rakan2 yg merupakan wanita, sudah tentu juga kakak2 diluar sana juga wanita, yg minta dihormati, benar, tetapi dimana mereka meletakkan diri mereka?sy juga menghormati pembaca2 lelaki yg membaca post2 di discussion ini, sebab itu sy lebih universalkan tazkirah tersebut. Rasa hormat jugalah sebab sy terpanggil u2k membalas pos2 di sini.jazman bertnya bagaimana nak berdakwah kepada rakan2 diluar sana?katanya tidak mungkin boleh dilakukan dibumi, mungkin di planet len bleh wat kot. semuanya bermula dari individu tersebut, dia menasihati bermula dari keluarganya yakni adik perempuan serta kakak2,kemudian dia menasihati rakannya2, selepas itu dia meminta mereka menyampaikan kepada ahli2 keluarga dan rakan2 mereka, tidak mustahil itu boleh berlaku, yg penting tidak putus asa dan bersungguh2 kerana keikhlasannya memberinya ganjaran yg besar.
yg keempat, memang benar, RASULULLAH berdakwah secara berhikmah pada yg bukan ISLAM, mungkin post2 sy sebelum ini agak pedas bg mereka2,tp ketika ini sy memberi nasihat pada saudara seISLAM saya yg tahu apa itu ISLAM, apa itu hukum hakam ISLAM,tahu rukun ISLAM, rukun IMAN, tahu SOLAT,Tahu puasa,tahu mandi wajib, tahu apa yg baik dan buruk, sudah masuk ke Universiti, sudah tentu bijak-pandai,kita harus sedar, kunci kepada ISLAM sebenarnya ILMU, ILMU membolehkan kita memahami ISLAM sebenarnya.sy memandang tinggi pada rakan2 sy disini, sy tahu mreka boleh memahami apa yg sy karangkan,sesuai dengan pemikiran mereka,sudah patut sedar tanggungjawab mereka, mereka bukan kanak2 lagi, perlukah sy menerangkan sama seperti sy menerangkan pada yg baru ingin mengenal ISLAM?seperti pada kanak2 ataupun mualaf? sy hormati mereka, sebab itu sy memberi nasihat, sy yakin ibubapa mereka menjalankan tanggungjawab dgn membekalkan mereka dengan ilmu agama. kalau tidak sy mendiamkan diri sahaja, biarlahkan apa yg nak jadi pada mereka, ini bukan nilai hormat, tapi x kesah.sy boleh mendiamkan diri melakukan aktiviti yg saya mahu setiap hari tapi kita juga harus sedar tanggungjawab kita sbg seorg muslim.
yg kelima, sy perjelaskan perkataan ‘bodo’ yg sy gunakan tersebut, ayatnya berbunyi “ko ingat bodo2 bagi anjing minum tepi jalan saje bleh masuk syurga?” mungkin saudara jzm ni tersalah paham, maksud ayat yg dinyatakan dan dimudahkan bahasa nye adalah ” kau ingat dengan hanya memberi anjing minum di jalanan sahaja sudah cukup untuk masuk syurga tanpa melakukan amalan2 yg diwajibkan dan meninggalkan larangannya?” sy merujuk ayat tersebut kepada cerita D’A 2 sendiri,dimana ceritanya amat kabur sekali dan bg sy boleh menimbulkan kekeliruan, kes Mr P 2 sy dah jelaskan ayat2 sy, silalah bc sendiri yek,
yg keenam, sy igin bertanya kembali, cba jelaskan kerasionalannya kumpulan2 yg saudari Noks senaraikan tersebut?anda menyatakan ia berkaitan dengan keikhlasan,dia menyatakan semua golongan tersebut memakai pakaian ketat, adakah semuanya berkaitan dgn memakai pakaian ketat dengan IKHLAS atau tidak? lgpun tidak ada distinct diantara golongan2 tersebut u2k diperbnadingkan,sy tidak berpuas hati sekiranya tiada jawapan yg relevan yg samada saudara jzm atau saudari noks boleh hujahkan, saudara Azh nak join pun bleh gak, sy x kesah, jika ada rasionalnya mungkin kita boleh trima,musyawarah jalan terbaik, jangan hentam kromo je nak pangkah org len,
yg ketujuh, memang benar, sy sedar manusia tidak boleh terus berubah, namun yg sy minta sebenarnya adalah kesedaran saudara-saudari sendiri,kita harus sedar apa itu tanggungjawab!tanggungjawab kita terhadap diri kita,ibu bapa kita, keluarga kita, rakan kita, masyarakat kita,agama kita, bangsa kita, negara kita,di Universitilah platform terakhir saudara-saudari seblom melangkah ke alam pekerjaan dan berkeluarga. jika rosak benih, maka rosaklah akar, batang, dahan, daun dan buahnya.
yg kelapan, sy ingin komen mengenai penyataan iman tidak dapat diwarisi, “iman is not inherited…its not diwarisi…its people around who should play roles, nurtured n teached to shape d iman” yupz! benar tidak dapat diwarisi, memang benar org disekeliling harus main perananan, namun saudara JZM harus ingat ia bermula dengan individu itu sendiri,berusahalah untuk mencarilah hidayah, bukan ditunggu,sebab itulah ramai orang ISLAM, tapi tiada jiwa ISLAMnya. Allah hanya mengurniakannya pada org yg dikehendaki, ia takkan datang bergolek seperti bola. jangan menyalahkan tiada hidayah sedangkan kamu berpeluk tubuh, ingin leka dalam gelumang dosa.yang halal bercampur haram akan menjadi haram, bukan halaram!
yg kesembilan, infact, there is nothing you can elaborte from D’A post, i see his spirit, but the way is not right, i see it, dats why i elaborate his post, to tell everything wat he mean, in my own way, i am a bit angry when i read post at 1st time,its more harsh when i post reply at 1st time, so ive edit it just enuff for him. so he will be more carefull next tyme.
i repeat one more time,sincerity not come with the heart, but its all start from the heart.
1st: nawaitu,
2nd:amalan/perbuatan,
3rd: kesungguhan dan istiaqamah,
4th: keikhlasan yg dinilai ALLAH,
5;ganjaran ALLAH.
jika kira berasa riak diatas amaln kita, keikhlasan itu akan hilang bagai debu terbang di udara,ingatlah hasad dengki memakan amalan2 yg kita lakukan selama ini, ada yg membca2 post sy slama ini melabelkan sy sebagai pendakwah yg extreme,walaupun pada hakikatnya tak, sy insan yg lemah, cma menyampaikan, dia jgk harus sedar dakwah adalah tanggungjawab semua umat ISLAM, samada kepada sesama ISLAM ataupun kepada bukan ISLAM.sy lakukan tanggungjawab sy, biarpun melalui discussion ini.sy tidak malu melakukannya dan sy tidak akan berhenti menegakkan kebenaran, bukan menjadi si bacul yg mendiamkan diri.bukan menegakkan benang yg basah
segala yg baik datang daripada ALLAH dan yg buruk datang kesilapan saya.
wassalamualaikum
Noks 10/29/07 10:07 PM:
I AGREE WITH YZM WHO AGREED WITH D’A’s OPINION N NOKS’S OPINION… HAHAHAHAHAHA
Para PencariMu 10/30/07 02:55 AM:
i’ll be waiting 4 the answers, not a damn comment juz simply agree without reasonable reason.if ur in the truth why do u didn’t want show the true colours? explaination is the heart of discussion..
Noks 10/30/07 08:05 AM
Uhuh mcm ada org yg da ilang sabar je kt atas ni…nway, im a new member dlm discussion “hangat” yg sbnrnya ditambah elemen exaggeration oleh org yg kurang bersabar dlm berdakwah.nk berdakwah n menyedarkan org ni ibarat nk cuci baju yg ada kotoran. pelan2 r nk nasihatkan org.jgn terburu-buru n gopoh sehingga menakutkan org yg ada rasa nk berubah. biarlah secara berhikmah. relax r ckit ek…sy yg pki tudung pun takut tgk cara sesetengah orh 2 hemtam org x pki tudung..dosa pahala org, antara dia n tuhan.nasihat menasihati mmg perlu tp jgn smpi mambuat org terasa…nnti buat tambah dosa je..dr niat nk memeperbaiki akaun org, akaun sendiri yg compang camping..2 ke yg dicari?bukan kan?
oopppss ada org da nk reply ni…jgn marah2 k..nnti xtenang nk jwb exam..daaa~~~
Para PencariMu 10/30/07 10:08 AM
wei sedari, sape yg xsabar? i said i’ll be waiting,tunggu dalam bhasa melayunye,ade paham? yg byk2 post2 tu sbb fs tgh sengal mase aku hantar post smlm, ble org anta je error, sengal tol,
Noks 10/30/07 12:16 PM
garangnyer….org yg x marah n bersabar, bahasanye lembut, berhemah n sedap dibaca…
org yg mbaca pun akan lmbut hati n bila lmbut ati, dakwah sedara akan sng diterima…
sori mengganggu…
Rash 10/30/07 12:53 PM: jd begaduh lak kite ni.
Aqh 10/30/07 01:13 PM
Assalamualaikum…
Harap semua dapat faham apa itu dakwah secara berhikmah…
bukan dengan lembut dan cakap baik-baik..tapi sebenarnya berdakwah mengikut kesesuaian keadaan….Contohya,Israel menindas palestin… jika dakwah cara berhikmah mesti tunjuk kekuatan bahwa islam tidak mudah ditindas dengan berlawan balik,klu masih lembut hati dengan caka baik-baik jangan serang itu bukan hikmah namenye…
Bagi keadaan di sini rasanya Para PencariMu masih berhikmah, kerana die telah memulakan dengan secara baik2, tapi apabila ada yang cube mempersoalkan apabila cakap baik2, di situ ketegasan diperlukan agar hukum tidak dipermain2kan…
Mungkin sedara sedari baca post Para PencariMu dengan menganggap dier menulis dengan keadaan marah, tetapi rasanya di menulis dalam keadaan yang stabil, tenang dan rasional… kerana sume point yang diketengahkan tidak lari dari asas…
Rash10/30/07 01:13 PM
(quote Para PencariMu post on 10/24/2007)
bukan API lawannya AIR? dalam game pun klu api lwn api sakit gile nak menang. anda hanya meng’induce’ pergaduhan dlm disscussion board. slow2 la ckit…dkt luar boleh la sbb slain ayat ade expression muka. ayat mgkn kasar tp muka boleh neutralkan balik.
Noks 10/30/07 01:49 PM
(quote AQH post on)
mcm ni lah, bile nk nasihatkan org…kite kena byk bersabar. bila org xnk dgr, jgn kite keraskan ati kite n berkeras menyuruh org menerima apa yg kita katakan…sumer pmpuan yg pakai tudung, mula2 dulu x pki tudung gak. n pmpuan yg bertudung berkawan dgn pmpuan yg x bertudung.sng utk dikatakan, wanita lebih faham..jd kaum adam, jgn berkeras sgt dgn berdakwah dlm menyuruh wanita bertudung..sy faham maksud dakwah berhikmah, sbb 2 sy kate jgn keras sgt..pelan2.pujuk ckit2…hati wanita mcm kerak nasi, dititik air, lama2 lmbut.tp klu kerak nasi masih keras, kita gosok kuat2, rosak r periuk..(org yg duduk dapur je fhm)…
okey, Para PencariMu…niat awk baik..tp…memujuk lelaki melakukan sesuatu dgn memujuk wanita melakukan sesuatu, pendekatannya berbeza…insyaAllah klu kaum adam yg berniat baik menyeru muslimat menutup aurat ini dpt bersabar, memahami n tidak mendesak, semua muslimat ASTAR akan bertudung…amiiin…
salam~~~
AZH 10/30/07 03:08 PM
Amboiiiii….naper sampai nama ak naik nie…famous kr ak nie??hehehe…API NAK BALAS DGN API??? jd API kuasa 2…hahaha..ak nk study dulu,tggu ak free br balas msg panjang2..
sebelum tue nk wish kat semua…
~GUD LUCK 4 UR FINAL EXAM~
Para PencariMu 10/30/07 09:38 PM
oh, ramai tidak paham maksud penggunaan api lwn api di situ? biarla sy jelaskan kembali spy msg2 tidak salah paham ngan pernyataan sy 2, maksud sy, jika dia boleh menaikkan rasa marah sy, sy juga boleh menaikkan rasa marahnya, sekadar penjelasan kepada semua.biarlah pendek namun maksudnya jelas menunjukkan perasaan sy ketika itu.Azh, sy mengajak saudara jn bersama sy, saudara kan terer sirah, kuliah sirah pn pegi, byk buku sirah2 kat bilik 2 kan? sekian.
NDel 10/31/07 12:41 AM
saudara dan saudari sekalian…
banyak sungguh sudah diperkatekan….kalau essay question ni da dapat 120/100 da …
bile nak bertindaknye? klo Tunku Abdul Rahman dlu asyik mesyuarat je kat tanah melayu and x bertindak pergi London x merdeka la kot kite sekarang…
analoginya di sini…buatlah sesuatu…berdakwah pon, kite dakwah la depan depan…kalau perang-perang kat sini pon x setle prob ma?
ok…jangan terase terase lagi…ke gado gado lagi ke….okay?
AZH 10/31/07 01:02 AM
Salam..
(sebelum tidur nak gak lawat korang)
Tarbiyah Sebelum Berjuang atau Berjuang Itu Satu Tarbiyah
Bagaimanakah proses melahirkan qaedah sulbah ini?
Mereka tidak akan datang dari aktiviti tarbiah di bawah bumbung-bumbung dan di dalam bilik-bilik yang tertutup. Tetapi mereka datang dari medan dakwah yang mereka berada di dalamnya. Medan itulah yang akan melahirkan mereka dan yang akan mengasingkan mereka dari pendakwah-pendakwah yang tidak tulin.
Apa yang saya ingin ungkapkan di sini adalah kesempurnaan proses tarbiah itu sendiri sebenarnya tidak akan berlaku jika kita menghadkan aktiviti tarbiah tanpa penglibatan di dalam medan dakwah. Kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. menunjukkan kepada kita bahawa ia bukanlah dua perkara yang berasingan; yang pertama mendahului yang kedua. Tidak juga menunjukkan bahawa sesiapa yang lama ditarbiah akan lebih thabat bila masuk ke medan dakwah. Medan akan menyempurnakan tarbiah dan menguji thabat seterusnya melahirkan qaedah sulbah.
Di sini tidak bermaksud dengan kefahaman yang sedikit maka pendakwah mesti terus terjun ke medan dakwah yang luas; apa juga bentuk dan saiz medan tersebut.
Membuka medan dakwah kepada pendakwah mesti dilakukan secara beransur-ansur berdasarkan tahap kemampuannya. Ia adalah perkiraan yang sukar dilakukan oleh kita. Tetapi kesukaran tersebut tidak seharusnya membawa kepada satu pendekatan mudah yang dilakukan oleh sebahagian pendakwah iaitu membuka terus medan dakwah kepada segala jenis pendakwah tanpa mengambil kira kemampuan dan kesesuaiannya. Bacaan dari sirah juga tidak menyokong pendekatan ini. Ada peranan yang mampu dimainkan oleh Abu Bakar r.a. tidak mampu dimainkan oleh orang lain. Ada peranan yang mampu dimainkan oleh Dihyah al-Kalbi r.a. tidak mampu dimainkan oleh sahabat-sahabat besar. Begitulah seterusnya kita dapati satu persatu penugasan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dilakukan dengan cukup teliti.
Semoga dengan tulisan ini dapat membawa kita kembali meneliti bentuk pentarbiahan yang kita lakukan. Moga apa juga aktiviti tarbiah itu tidak akan menjadi penghalang kepada sampainya kebaikan yang kita miliki kepada umat Islam dan seterusnya menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada masalah umat.
~info:saya petik dari ruangan mencari sakenah :)~
^kepada semua ‘penghantar post’ diharap tidak bergaduh sesama sendiri^
~Selamat Malam~
Tenno G 10/31/07 11:11 AM
Nabi SAW bersabda :-” Apabila tiada lagi malu,(kamu) akan buatlah apa sahaja(tiada lagi malu kepada Allah)”
Malu dan takut ni antara nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita.Marilah kita berdoa agar Allah tidak menarik nikmat yang telah diberikannya kepada kita.
Rasional Islam tidak membenarnya umatnya membuka aurat adalah untuk menjaga nafsu kita.Cuba tengok dunia sekarang,perempuan pakai seksi,rambut macam2 fesyen dan macam2 lagi la.Mana la nafsu si lelaki ni tak membuak-buak?Lebih ramai yang memandang rendah akan maruah kaum wanita,wujudnya para wanita yang terang-terang sudi dan hilang malu untuk berbincang perkara seumpama ini,akan muncul lelaki jahat yang akan mengambil peluang untuk mempergunakannya untuk tujuan seks bebasnya dan bercouple dan akhirnya sampai kepada rogol.
Alhamdulillah.Kalau ada apa kesalahan minta maaf.Syukurlah.Mudah mudahan hidup kita ni Islam akidah,perbuatan dan amalan kita ni berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. =) jom pergi cari tazkirah-tazkirah.Untuk mengingatkan balik apa yang kita terlupa + tambah ilmu.Pesan Nabi S.A.W : “sampaikanlah ilmu,walaupun hanya satu ayat” .
Fakihkan(berikanlah kefahaman yang mendalam) kami dalam agama,Ajarkanlah kami perkara yang tidak kami ketahui terutamanya Al-Quran,Tunjukkan lah kami jalan yang benar.Ya Allah,berikanlah kami kehidupan di dunia ini baik,di akhirat juga baik, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka mu. Amin
(tengok dalam topik ni banyak lelaki je yang reply.yang perempuan,depa p mana?)
WnE 10/31/07 03:19 PM
assalammualaikum sume..
hmm..topik hngat nmpknye smpai ader yg dah nek angin..
actually, 1st thing to do ialah we need to understand konsep islam tu sendiri…
ISLAM itu dtgnya secara INDAH, CANTIK dan LEMBUT…bukannye secara PAKSAAN atau AMARAH..
mmg skng ni byk pompuan yg etika pemakaian nye lari dari cara pemakaian muslimah islam tapi nak salahkan diorang 100% pun tak boleh jugak..dlm 19 thn sy hdp,dh mcm2 org sy jumpe..ader yg duk skolah agama 5 tahun tapi abis je skolah,tudung lansung tak pegang..kenapa?ader jugak yang pakai tudung, tapi pakai baju yg menampakkan tubuh badan,kenapa?pernah tanye soalan2 mcm ni?pernah cri jawapan nye?antara jawapan yg sy terima, sebab diorang nak ikut fesyen, or apa yg di pakai is something yg selesa bg diorang..inilah antara jawapannya..
kat sini la kite kene mainkan peranan masing2 as a muslim..kite ni kan bersaudara sesama ISLAM…kalau kita asyik tunding jari je,masalah ni takkan settle smpai ble2 pun..better kalau kite try cri jln solution..n solution nye bkn nye hanya pandai ckp,jeling or pandang org mcm la kaum wanita tu jijik sgt,mengumpat,perli mcm la diri bgs sgt..n ader jugak yg sampai tak nak bagi muslimah yg mcm ni masuk anything yg ader kaitan dgn dia..just nak tanye satu soalan ,itu ke cara islam?
as i was saying, ISLAM itu dtg secara INDAH, CANTIK dan LEMBUT..bukan PAKSAAN atau sifat AMARAH..
jadi, kalau betul2 kita ni org ISLAM,gunakanlah cara yg betul..jgn ATTACK diorang tp APPROACH la dgn cara yg baik..Insya’Allah,dgn niat yg baik, akn terbuka hti seorang muslimah itu untuk jga etika pemakaiannya..
jgn ingat org yg tak bertudung takde niat nak bertudung..saya yakin,niat itu ada tapi disebabkan sikap certain2 org yg tak patut, terus dipadamkan niat tu…
jgn ingat org yg bertudung tp pakai baju ketat takde niat nak pakai jubah or something yg lbh appropriate..niat tu Insya’Allah ader tapi ble dikutuk,dicaci..niat tu hilang camtu je…
ini bukan cara ISLAM…nabi MUHAMMAD s.a.w. sendiri pun tak pernah mencaci atau memandang serong atas golongan muslimah sebegini malah baginda berdakwah dgn cara yg INDAH, CANTIK dan LEMBUT..sebab itulah ISLAM…
sy pun tak perfect…masih ader kekurangan…cume sy mendoakan agar diri saya dan juga muslimah2 yg lain agar diberi hidayah dan petunjuk untuk menjaga aurat kami dengan sempurna..AMIN..
b4 sy berundur, sje nak ingatkan semula,kalau betul2 kita nak membantu, jgn la ATTACK tapi APPROACH la dgn cara yg baik..n sy mohon maaf kalau ader terguris hati atau tersalah kata ..selamat hari raye,maaf 0-0 n good luck 4 final!
D’A 10/31/07 03:49 PM
hello…
ni khas untuk sesapa yang buka topik ni..faham2 jer lah kan…
x kan ler hang nak dok kat bilik sambil tergelak2 baca kitorang macam nak gadoh!!!!!!…
hello u r the one yg buka topic ni, x kan x nak add apa2 kot….
A.H 11/01/07 01:26 PM
Assalamualaikum….aduhhhh penah siot bacer korang punyer discussion nie….aku nk tegur pown x der la arif sangat kan… so aper yang aku le kater kan… aku sokong yang maner2 hujah yang mendorong kiter kejalan yang baik n benar….anyway thanx arr wat discussion cmnie walaupown aku nie lelaki tapi ader gak dapat menimbulkan kesedaran kat diri aku yang serba kekurangan nie….k…. slamat beramal ibadah n majulah sukan untuk negara….
Aqh 11/01/07 04:18 PM
setelah aku perhatikan dgn teliti, korang ni suke sgt berdebat…tapi kebanyakan daripada kamu xtau ape2 pun…main ckp je.
aku rasa lebih baik korang diam ataupun lebih byk bertanya kpd yg lebih alim drpd berdebat kosong..aku takut korang makin xpaham ataupun boleh terpesong dari ajaran Islam yg sebenar…
aku ni pun xpandai tera mana pun..aku pun xbp pandai sgt dalam bab2 ni…jadi aku diamkan diri je…lbh baik senyap dari bercakap benda korang sendiri xtau…
belajar dulu dari alim ulama’…dgr ceramah ke…ni x….sikit2 nk debat..skt2 nk bertengkar…skt2 nak gaduh…
mantapkan ilmu dan iman di dada dulu, baru boleh debatkan isu ini…
aku harap lps ni xde dah la yg nk mempertahankan diri lagi kalau dah tau diri tu bersalah dan xtau ape2….
ape2 pun aku mintak maaf kalau ade yg tersinggung…
tepuk dada tanya iman…jgn tanya selera…bak kata perpatah melayu…”ikut hati mati,ikut rasa binasa”…
renung2kanlah….wassalam.
D’A 11/01/07 10:12 PM
senang macam ni lah…
kita dah bertindak kan, dah bagi nasihat kan… so secra logiknya dan secara hemahnya, tanggungjawab kita untuk menegur dah pon habis…
so..daripada kita dok bertekak tak tentu pasal kat sini, lebih baik korang wat menda yang lebih berfaedah ckit….
lagi satu aku x puas ati knapa the ine yg buka topik ni langsung x post sumting????
WnE 11/02/07 11:25 AM
peace to all..jgn gaduh2 lagi…tapi agk bagus jugak discussion ni,membuatkan kite study balik surah-surah yang berkaitan dgn isu ni,dan ader yg siap buat research berkenaan perkara ni..Alhamdulillah…semoga Tuhan memberkati kite semua..AMIN..
D’A 11/02/07 01:05 PM
amin jugak……
kepada sapa yang dh start cuti…selamat bercuti to u ols….
NWR 11/02/07 10:55 PM,
Assalamualaikum,Rasanya ada beberapa salah faham yang dapat dilihat dari beberapa post di sini..Banyak yang menyatakan beberapa orang berdakwah secara keras dan tegas di sini..Harap dapat baca post dari awal serta faham dengan situasi agar kita adil dalam memberi komen..Rasanya tiada apa yang garang dan tegas dari apa yang disampaikan kerana ia hanya berniat untuk membalas beberapa post yang agak melampaui batas dalam menyampaikan sesuatu serta menggunakan hujah yang salah pada tempat yang salah,Dan ini memerlukan ketegasan. Supaya fitnah dan salah faham tidak tersebar kepada pembaca yang lain..Antara beberapa perkara yang menimbulkan salah faham.
Yang pertama, Cerita tentang si pelacur yang membantu anjing lalu diberikan syurga kerana ikhlasnya.Dari apa yang disampaikan Si D’A, Ia menggunakan hujah tetapi dari pemahaman cerita yang salah serta penyampaian yang boleh membuat orang lain salah faham..Cuma ingin menambah sedikit dari hujah Para PencariMu.Cerita itu disampaikan bukanlah untuk membenarkan sipenjahat terus melakukan kejahatan dan si pelacur terus melacurkan diri sambil itu hanya perlu membuat sedikit kebaikan dengan ikhlas untuk mendapat syurga.Jika ini adalah apa yang kita faham, ia adalah pemahaman untuk mengurangkan rasa berdosa dalam diri yang banyak melakukan dosaSebenarnya,Cerita itu disampaikan untuk memberi semangat kepada yang rasa diri yang terlalu banyak melakukan dosa agar tidak putus harapan dari Allah dan sesungguhnya pintu taubat dari Allah masih terbuka selagi nyawa belum ditarik, walaupun ia adalah dosa membunuh sejumlah 100 orang dengan sengaja . Itu objektif sebenar yang ingin disampaikan yang perlu kita ambil.Satu perkara lagi.Perlukah dibangkitkan keikhlasan orang yang turun ke surau sedangkan tiada apa yang boleh dikaitkan dari cerita tersebut….. Adakah persoalan ikhlas yang timbul???Ikhlas itu bukan datang dengan mudah,Biarlah sahabat-sahabat yang rajin turun ke surau terus turun, sekalipun untuk menunjuk-nunjuk. Janganlah dibunuh semangat mereka dengan hujah sebegitu, kerana ikhlas boleh datang kemudian cuma ia perlu dididik dan dipupuk dengan cara yang tepat..
Yang kedua, hidayah belum sampai untuk berbuat baik dan menutup aurat..Inilah yang sering dijadikan alasan dan sebab untuk tidak berubah walaupun niat sudah ada..Rasanya Para PencariMu sudah menerangkan dengan jelas tentang kewajaran hidayah menjadi alasan untuk kita terus melanggar perintah Allah.Adakah kasar, tegas dan garang ia menyampaikannya????Gaya bahasa yang lebih tegas semasa Para PencariMu menerangkan kali kedua rasanya tidaklah garang atau tidak berhikmah..Ini keranaBagi seorang pelajar yang sudah sampai ke gudang ilmu.Perlukah perkara yang sama diulang berkali-kali dengan nada yang sama?????Rasanya tidak,Kerana mereka bukannya seperti kanak-kanak yang perlu diberitahu berulang kali seperti bapa memberitahu anaknya tentang itu adalah burung murai dengan nada yang baik sentiasa.Mereka bukan juga seperti bapa atau seorang tua yang mengharapkan anaknya menghormati mereka yang lebih tua untuk diberitahu berulangkali secara nada yang sopan sentiasa.Mereka adalah pelajar yang rasanya sudah matang untuk berfikir jika diberitahu sekali..Jika kali alasan yang sama masih diberikan serta suka mencari dalih dan ayat untuk melepaskan diri dan tanggungjawab untuk di lakukan..Oleh itu.Sedikit ketegasan diperlukan.Bukan berniat untuk tidak menghormati, tetapi membetulkan perkara yang sering disalah erti.Bukan juga berniat untuk membangkitkan isu yang telah lama diselesaikan, Cuma untuk memberi pendapat dari sudut yang sedikit berbeza dari yang sering diutarakanBagi yang masih ingin memberikan hidayah sebagai alasanFikir-fikirkanJika esok ajal kita tiba, tidak berguna segala penyesalan.Kerana, apabila tiba di alam Kubur dan seterusnya Akhirat,Dan soalan mengapa kamu tidak sembahyang, pakaian tidak mengikut syariat, dan pelbagai lagi kesalahan yang kita lakukan.Apakah jawapan yang ingin kita berikan???Adakah hidayah belum diterima jawapan yang ingin diberi.Boleh diterimakah jawapan sebegini???Jawapan itu tidaklah menjawab soalan yang di beri,Kerana ia jawapan untuk mempertahan dan melepaskan diri.Dari kesalahan yang dilakukan sendiri.Sedangkan peluang telah diberi untuk memperbaiki diri.Tetapi, Hakikatnya sebegini.Jawapan ini susah untuk di sebutkan di akhirat nanti.Kerana yang berbicara adalah anggota diri,bukan mulut yang suka menjawab sesuka hati,kerana ia telah dikunci..
Akhir kata,Letakkan usaha yang bersungguh untuk mendapat hidayah,Kerana hendak mendapatkannya sangatlah payah,Bukan hanya duduk dan berangan menunggunya datang ke sebelah,Seperti mat jenin yang malas tetapi mengidamkan angan-angan yang melampau tanpa ingin bersusah.Bagi yang ada keinginan dan niat untuk berubah..Usahakan niat yang baik itu,Kerana sejauh mana kita usaha yang akan menjadi ukuran bagi Allah, tuhan yang satu.Kerana Allah maha adil. Usaha yang disertakan doa dan tidak lupa untuk bertawakkan kepadaNya pasti ada balasah dan hasil di situJika baik balasannya, ia satu hadiah dariNya, jagalah ia, peliharalah ia menjadi pohon yang berbuah serta cantik di pandang dan dimakan, jangan biarkan ia reput menjadi pohon yang hanya menggugurkan daun yang kering, jika dipandang, nampak sedih dan pilu..Tetapi jika hasilnya tidak seperti yang diingini, pasti ada yang tidak kena pada usaha itu untuk di muhasabah dan diperbaiki untuk usaha yang lebih baik dengan semangat yang lebih jituOleh itu,Marilah bersama teruskan usaha tanpa berputus asa,Agar usaha itu di terima dan dikira Allah sebagai salah satu amalan yang membantu kita untuk masuk ke syurgaNya.
Wallahua’lam
Para PencariMu 11/03/07 05:10 AM
salam..
nampaknya ade beberapa kekeliruan yg harus dijelaskan,
1st.pelaksanaan musyawarah yg sebenar tidak sama dgn mesyuarat yg biasa kita hadiri,secara ringkasnya jika seorg ahli musyawarah mempunyai hujah yg kukuh, mantap dan benar(tidak tpesong dr hukum syarak), hujahnya akn diterima berbanding hujah2 lain yg lebih majoriti tetapi tidak kukuh. Itu perbezaan besar diantara keduanya, musyawarah mencari penyelesaian terbaik, bukan keputusan majoriti seperti dalam mesyuarat.
2nd.kenapa kita mesti menstrictkan dakwah itu hanya pada dakwah depan2? dakwah boleh dijalankan dimana2,tidak semestinya tempat terbuka sahaja, berbagai cara, termasuk melalui risalah tazkirah,surat khabar,television,internet, jangan meletakkan dakwah dan ISLAM hanya di surau2 atau masjid.sbg contoh, disurau selepas maghrib ade sedikit tazkirah, cuba kita renungkan,cuma beberapa sahaja yg datang ke surau dan mendengar tazkirah tersebut? ada yg memberi alasan tiada kesempatan u2k kesurau kerana sibuk, mujurlah ada yg mencari inisietif membuka topik2 yg boleh dibincangkan seperti ini,spy ada yg boleh berkongsi, cthnya sekiranya tazkirah tersebut dipost di group2 seperti ini, berapa ramai yg boleh membacanya? berapa ramai yg membuka fs pada masa lapang mereka?saudara/saudari sendiri yg mengatakan dakwah harus berhikmah.dakwah itu tetap dapat mencapai matlamatnya.
3rd. seperti yg sye jelaskan selama ini, semuanya bermula dari individu itu sendiri,memang xpyh nk tunding2 jari,muhasabah diri, namun itu pun kalau semua ade kesedaran tersebut, memang topik ini tidak pyh diperbincangkan,itulah gunanya tazkirah, peringatan, menyedarkan siapa diri kita sebenarnya, sy petik tazkirah yg disampaikan oleh seseorg, antara sebab doa tidak dimakbulkan antaranya ialah,
i) kamu menyatakan kamu ISLAM, tapi kamu tidak menunaikan rukun2nya
ii)kamu menyatakan kamu beriman, namun kamu tidak percaya atau melanggar ketentuannya
iii) kamu menyatakan kamu bersyukur dengan nikmat ALLAH, namun kamu tidak menunaikan haknya
iv)kamu menyatakan kamu sayang pada Rasulullah, namun kamu tidak melaksanakan sunnahnya
v)kamu menyatakan kamu membaca Al-Quran namun kamu tidak beramal dengannyav)kamu menyatakan syaitan musuh kamu tetapi kamu seronok berkawan dengannyaitu diantara yg dapat sy kongsi dgn saudara-saudari, saudara-saudari boleh renung2kan sendiri.
4th.ya, mungkin cra penerimaan peringatan itu berbeza2 diantara individu, namun saudara-saudari harus beringat, kewajipan pada semua individu tetap sama, selama ini sy byk menyentuh hal kematian, ada yg merasa isu2 tersebut amat sensitif dan tidak sesuai diperbincangkan,mungkin ada yg takut pada kematian, kenapa kita mesti takut?kematian itu pasti datang,kita percaya pada hari kiamat, kita percaya kepada hari kebangkitan, kita percaya kepada hari pembalasan, dimana kita berhadapan dgn ALLAH,jangan kita lupa sumpah dan janji kita pada ALLAH!!kerana ALLAH tidak melupai janjiNYA pada kita!!
5th.sy ingin komen penggunaan analogi, ramai yg menggunakannya, kononnya memudahkan pemahaman, namun ada analogi yg digunakan amatlah kurang jelas maksudnya, sampai sy pun ade yg terkonfius membacanya, biarlah penggunaan yg ringkas dan jelas, cthnya ada menyatakan "hati seperti kerak nasi, bila dititik air,cki2 demi ckit lembut gak kerak nasi 2…tp klu kita gosok kuat2, rosak lah periuk yg berkerak 2,"..bg sy, hati itu ibarat bontot kuali, ia akan menjadi hitam apabila digunakan, namun apabila dijaga dan diberus dgn bersungguh-sungguh, ia akan kelihatan bersih juga, samalah seperti kita, jika kita melakukan dosa, hati kita ddikatakan menjadi semakin hitam akibat maksiat dan perbuatan kita setiap hari, namun jika menjaga hati kita, bertaubat, melakukan amalan bersungguh2, insyaallah bersih suci hati kita.mudah kita melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya.
6th..sy selama ini tidak mengisytiharkan perang secara besar besaran disini,sy tidak bertujuan mengajak bergaduh, malah sy meminta suasana discussion yg lebih positif diadakan disini, sbb itu sy minta penjelasan yg jelas,kadangkala sy harus tegas mempertahankan pendapat sy, ketegasan itu perlu ada supaya kebenaran dapat dipertahankan,itulah dakwah berhikmah! kenapa ada yg memperbesarkan hal ini kepada bergaduh? anda sendiri yg judge situasi di sini dan membuat interpretasi sendiri,anda mengatakan org lain harus berfikiran rasional, namun anda sendiri yg tgopoh-gapah dalam mengeluarkan pendapat.
7th.memang benar ISLAM itu indah,cantik, lembut, tp kenapa ada yg menidakkan keindahan tersebut? melanggar hukum ISLAM itu merupakan mereka2 yg mencalarkan imej ISLAM, kita harus mempertahankan agama kita!tiada salahnya menjadi amarah? bukalah mata, berapa ramai org ISLAM sendiri yg menjatuhkan maruah ISLAM? Rasa AMarah itu secara normalnya akan wujud jika ada kesedaran u2k mempertahankan ISLAM!kadangkala paksaan juga diperlukan, ia juga merupakan didikan, cuba kita kenang kembali, jika tiada tuntutan rotan pada kanak2 yg tidak solat ketika berumur 10thn adakah kbykan kita sedar betapa besarnya tuntutan solat itu sekarang?
8th..ada yg tidak puas hati apabila ada yg mengalihkan pandangan apabila melihat mereka berpakaian tidak menutup aurat, tapi sesungguhnya hikmahnya rahmat bagi kedua2nya,yg mengalihkan pandangan itu menjaga pandangan matanya, dan yg dialihkan dari pandangan terselamat daripada menerima dosa yg lebih byk.renungkanlah.
9th..kenapa ada niat tetapi tidak dilaksanakan?kenapa caci maki ketika berpkaian ketat mampu ditahan namun cacian ketika berpakaian sopan tidak mampu ditahan? kenapa kita nak ikut ckp org pki ketat2 nampk seksi n langsing? takut dipanggil x ikut trend? takut x up to date? takut ilang kawan? takut org x respect? melalui ISLAM tidak boleh bergaya? cara pakaian ISLAM xmenarik?panas? sedarlah ISLAM melangkaui segala aspek kehidupan, secara fitrah manusia suka pada kecantikan, ISLAM tidak menghalang umatnya bergaya, namun biar kena pada caranya, banyak je busana muslimah yg sopan, menutup aurat yg cantik2, kenapa t-shirt adik 5thn yg dicari? itulah pentingnya kesedaran dalam individu masing2,xperlu pakai jubah u2k berubah, biarlah pakaian yg longgar, yg tidak menunjukkan susuk tubuh, yg mematuhi garis panduan yg ditetapkan syarak.sudah sy nyatakan,keikhlasan itu bermula dgn niat, jika kita bersungguh2 amalan akan diterima.
10th..sy menyokong cadangan saudara AQH, lebih baik berdiam daripada mengatakan perkara yg tidak benar, sia2, dan boleh memakan diri sendiri sesungguhnya diam itu benteng yg amat kukuh dari pengucapan perkataan yg sia2. tambahkan ilmu didada, belajarlah dari alim ulama, sy juga tidak habis menuntut ilmu lg, sy menyampaikan apa yg disampaikan kepada sya dan sy kongsikan bersama rakan2, tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.
sebelum mengakhiri post kali ini, sy jelaskan lagi, sy tidak menggalakkan pergaduhan dalam topik discussion ini, cuma kadangkala ketegasan disalah ertikan. biarlah jelas maksud hujah2 yg dikemukakan, jgn hentam kromo, kelak memakan diri sendiri juga.bacalah tazkirah saudara nwar diatas,hujahnya jelas dan telus, ALLAH mengurniakan akal pada manusia untuk berfikir,boleh membezakan yg hak dan batil..
segala yg baik itu datang daripada ALLAH dan yg buruk itu datang dari kelemahan sy sendiri..
sekian..
wassalam
Amin E 11/07/07 03:40 AM
betol ckp ko Aqh…kalo nak bincang pasal agama nie,penuh kan ilmu di dada dulu pasal bab-bab yang berkaitan..masing2 ada hujah…aku nak tegur cket,kalo nak argue ngan orang..argue la pasal isi-isi yang di kuarkan oleh seseorang tuh dan bukan mcm mane dier kuarkan ayat…mcm terlalu emosi ke…tue mmg sifat manusia….aku tengok korang mcm terlalu obses nak menang…please la…xde award pon ktrg nak bagi…menyampah lagi adalah…anyway,sori aku pon emo gak nih…to all frenz…aqh,nwr and para PencariMu,gud luck in exam….
Tengku Kay 11/30/07 03:46 AM
Cara Syaitan menelanjangi Kaum Hawa
Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi HijabDalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian TanganTelapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan DadaSetelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi TelanjangSyaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak “cool” cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka SedikitSetelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy,” katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan TumitSyaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh…… ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis Terbukatelapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja.” Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh BetisKini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki,” bersungut. “Fitnah? Ah…… itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”
Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.
Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a’lam bisshawab.
Sumber idea dan buah fikiran:Kitab “At ta’ari asy syaithani”, Adnan ath-Thursyah
nsht dri sdri jgkk…
~END of discussion~

No comments:
Post a Comment