Wednesday, March 17, 2010

New Year Trip : Menjelajah Sg Petani dan Misi Menawan Gunung Jerai

Percutian pendek. Bagi kami semua, nilai cuti 3 hari adalah bersamaan dengan cuti seminggu kerana ketiadaan cuti semester sejak bermulanya blok klinikal. Masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk dinikmati secara total dan bersungguh2. hahahaha. Biarpun pendek, cukup menggembirakan dan puas sekali. Dibawah adalah percutian di Kedah, dipengerusikan oleh Faha sebagai tuan rumah. Aku gunakan banyak gambar untuk mengurangkan jumlah perkataan yang harus ditaip.

Masa Bertolak: 1 Januari 2010 Jam 12.10am
Destinasi: Sg Petani

BKJ887: Pemandu Utama SaifulHaziq, dibantu oleh Dzulhilmi. Penumpang Tegar: Sipom, aku dan tuan rumah=Faha

WSU 5980: Pemandu utama:Taufik, dibantu oleh Aiman. Penumpang Tegar:Paan, Hangz, Wadi

Dol tido seblom diberi tugas memandu

toopac, aiman, wadie palsy dan hangz

masa tiba di SP: 4.30am


Plan asal: berada di kaki Gunung Jerai seawal jam 7 pg
Realiti: Jam 7pg masing2 ade yg blom Smyg Suboh

Perjalanan dari SP ke Yan yang mengambil masa lebih kurang 30min, gunung Jerai di latar belakang.


Tiba di kaki Gunung Jerai: Jam 9.00pg
Misi mendaki: Menawan Jerai sehingga berjaya
Keperluan: Air mineral 1 botol 500ml setiap orang, tanpa kompas, tanpa ranger. Kamera wajib
Pengalaman: tiada seorang pun yang pernah mendaki Jerai melalui trek pendakian, termasuklah tuan rumah.
Aku: tidak ada special training oleh kerana kelas Opthal yang sibuk sehingga ke petang.
Prospek: Menawan Jerai dengan sedaya upaya

Jerai: Ketinggian 1380m/4140 kaki dari aras laut
Komen pertama setelah membaca maklumat: Gila!! 10 org baru 20kaki!

Halangan pertama: Tangga 1000. Curam dan akan memakan tenaga dan CO yg byk
Peringatan: Latihan intensif diperlukan sebelum anda mencuba aksi ini. seyes.

Habis Tangga 1000, trekking merentasi hutan. Sesukehati je men trekking tanpa map, kompas ataupun penunjuk jalan. Hanya ikut past trail je.

Berehat sambil bergambar. Kelihatan epol duduk bersimpoh.

Setelah trekking untuk 2 jam, tiada kedengaran bunyi air terjun/manusia. Hanya kami, hutan, angin, sesekali unggas, dan ALLAH sahaja. "Skit lagi, depan tu je kot" motivasi dari epolhaziq untuk para pendaki. kebanyakan Air mineral 500ml telah habis selepas halangan pertama tadi.
Alhamdulillah, tiba-tiba kami berjumpa dengan 3org yang mendaki turun dari Jerai. Katanya ada dalam 2jam lagi perjalanan. Soalan ke2 dari kami, "Bang, ada kedai jual air x atas tu?" Kakiku dah start krem kerana krangnya latihan fizikal sebelum menghadapi pendakian ini. Sian mereka2 terpaksa menunggu aku.

Moral: Sila wat fitness test dulu sblum anda join apa2 pendakian.

Kira-kira 50m nak tiba di puncak, kaki kiriku diserang acute cramps. Aku x leh nak bgn berjalan langsung smpi terbaring sebelah puncak kedah resort tu. Gile pedih beb. Siap bleh palpate hamstring aku. Selepas sapu ubat sejuk ajaib toopac, akhirnye dapat gak aku berjalan dan menikmati pemandangan.

udaranya segar dan pemandanganya membuatkan kami semua hilang penat dan lelah.


Resort di atas g.Jerai. Harga makanan ikut harga resort la.


Lepas tu kitorang cari kedai makan yang murah2 sket atas gunung tu untuk minum. Air 100+ tu mcm air yg turun dr syurga, punyalah bersyukur kitorang dpt minum air. Oleh kerana kecederaan hamstring aku, diorg suggest aku trun ikut pintu Gurun, sedangkan diorg akan balik semula ikut trail td dan akan turun di Yan. So aku tumpang sorang pak cik maintainance dr resort yg nak turun smyg Jumaat. Giler best lalu selekoh patah naik moto.


Sampai kat bawah, aku mati kutu xtau nk wat pe. dah la sorang2. Aku ambik gambar batu ni. Nak cari bas pun problem. Sume bas nak gi AlorStar je, teksi pun xde yang kosong. So terpaksala aku melangut kat situ utk 3jam sehinggalah diorg datang amik aku.

Dalam kul 4 diorg sampai, dah siap wangi2. So, kitorg singgah kat masjid terdekat spy aku pun boleh mewangikan diri dan u2k solat jamak.


Setelah selesai solat, Faha membawa kami semua jalan2 di sekitar SP. Misi kami seterusnya ialah muzium arkeologi Lembah Bujang. Korang mesti igt gambar-gambar candi kat buku sejarah f4 dulu, kirenya kitarg berada live di sana la. Bleh tahan jugak seni bina diorg walaupun kitorg bukanlah peminat geologi.






Lepas puas explore lembah bujang, kitorg jalan2 kat Tg Dawai lak. Skali pak cik kat Tg tu offer kitorg pusing2 naik bot, RM4 sorang. Layan gak.


Pantai Merdeka: Satu2nya pntai yg bleh mandi kat SP.

G.Jerai dr Laut


Lepas puas nek bot, kitorg gi mkn mlm di sekitar Tg Dawai. Mkn seafood, tp service punyela lambt. Dah berkurun mintak x dpt2 order. Alasannye restoran sibuk sbb ade org nk wat majlis kat situ. WTH! Layankanla org yg dok menunggu order ni dl. Akhirnya dapat order setelah 1jam menunggu.Tobat mkn kt situ lg, seafood nye biase2 je.
Lpas mkn, kitorg balik ke rumah Faha. Setelah selesai smyg, plan asal nk gi mlwat SP dikala malam xjd sbb msg2 dh penat. Pakat tido awal semuanye.


Pagi Sabtu, semua bangkit sedikit awal, mana taknye, mak Faha masak nasi Lemak spesel, dari ngantuk xnak bukak mata pun jaga sbb lapar

Toopac straight bgn dr tido lpas dgr nasi lemak. Rambut pun stylo lagi.


Nasi lemak yang dibaham oleh manusia yang kelaparan.

Lepas makan, semua bersemangat bersiap2 nak pegi mandi airterjun di Lata Batu. Lupa nak mention, kamera toopac mengalami masalah dan semua gambar yg diambik melalui kameranya xdpt di load, so toopac agak emo bila disebut perkataan kamera dihadapannya hari itu, hahaha.

Typicl sx org emo

Sejuk gile, ketar masuk air tu







Tgh hari tu, selepas balik dari mandi air terjun, kami berkemas untuk pulang. Setelah berterima kasih pada mak dan bapa faha, kami meneruskan perjalanan dengan meround SP, aktiviti yang gagal dilaksanakan pada mlm sebelumnya.

Toopac yg emo lg.

Jeng3x. Inilah destinasi u2k lunch kami, Radix Fried Chicken milik HPA.


segar, organik,lazat, berempah rangup dan halal. Macam KFC, tp anda tidak akan berasa ragu-ragu.






toopc, mkn pun emo.


Setelah kenyg makan, kami bertolak pulang ke KL. Tiba di KL jam 8mlm. Cukup gembira, penat dan yg penting, msh ada 1hr u2k berehat.

Masa Tamat: 2 Januari 2010 Jam 8.30mlm.
Budget Kasar Seorg: Minyak + Tol =RM20
Penginapan = Free
Gunung Jerai = RM 2(air mineral 500ml) + RM3(air tin 100+)
Lawatan Candi = Free
Bot Tg Dawai = RM4
Lain-lain = RM40
Total: RM69 seorg
Enjoy dengan Rakan-rakan: Priceless

Special Entry: Kursus Perubatan

Khamis minggu lepas, keputusan SPM diumumkan. Untuk warga2 SM Sains Seremban termasuk alumni berasa sungguh bersyukur dan gembira kerana SASER berjaya mengekalkan kecemerlangan. Tahniah pada adik2 junior SASER dengan keputusan SPM yg sungguh cemerlang. Tahniah pada guru-guru SASER, semangat kalian tidak lentur mendidik anak didikmu.

Malam ini, hati aku tergerak untuk melayari Internet, membuka laman web berkaitan dengan alumni dan sekolah, dan aku terlayar laman sesawang http://ohmalaysia.com milik Amirruddin Said, seorang pelajar farmasi di Australia. Laman webnya kemas dan penuh pengisian. Sebagai seorg pelajar cemerlang SPM yang mendapat biasiswa, Saudara Amir berkongsi pendapat dan pengalamannya memohon biasiswa. Aku tertarik dengan entry belau yg bertajuk "kenapa nak ambik course medic?" http://ohmalaysia.com/blog/kenapa-nak-ambil-course-medik/

Aku sebenarnya tertarik dengan pengolahannya, "ramai orang nak ambik medik sebab dapat straight A's" dan juga "walaupun result SPM anda hebat sekalipun, itu belum menjanjikan anda cemerlang masa degree". Aku bersetuju dengan pendapatnya. Sebenarnya ramai pelajar selepas SPM tidak tahu hala tuju mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan untuk masa depan mereka. Dengan keputusan yang begini, apakah peluang saya untuk menyambung pelajaran di peringkat seterusnya?

Faktor kemerosotan pelajar di universiti ada kaitan dengan kursus yang dipilih, ia bukan semudah SPM dimana anda boleh drop paper mengikut kemampuan. Apa yang anda harus buat untuk pelajar2 lepasan SPM, anda harus fikir betul2 apa yang anda ingin lakukan untuk 10 tahun seterusnya. Cuba explore pilihan yang anda buat, dapatkan maklumat dan nasihat daripada ibu bapa dan orang yang berkenaan dalam bidang tersebut. Jangan tangkap muat, apply semua biasiswa/peluang yang ada, tp tiada satu pun yang anda berkenan dalam hati. Jujur pada diri dan buatlah istiharah jika perlu.

Dahulu, aku juga seperti mereka. Aku tidak tahu apa yang aku mahu sebenarnya. Dengan keputusan SPM yang cemerlang namun belum lagi tiba ditahap gemilang, tiba-tiba aku menjadi buntu mengenai pilihan masa depan saya. Sedangkan ketika disekolah, dengan mudah menjawab persoalan ini apabila ditanya guru2. Aku bertanya pada abah dan ummi, aku dapatkan nasihat mengenai bidang2 yang mempunyai kemungkinan, dan aku membuat istiharah. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH akhirnya aku memilih jalan ini. Namun, ia bukannya satu jalan yang mudah untuk aku. Untuk mendapatkan tempat sahaja jalannya penuh cabaran.

Selepas SPM, kami dibenarkan untuk memilih diantara tajaan JPA atau MARA jika nak menyambung pelajaran dalam perubatan. Oleh kerana perspektif MARA untuk menghantar pelajar ke negara-negara Eropah berbanding Indonesia dan India bagi JPA, aku memilih MARA. Jalannya bukan mudah. Sebelum temuduga lagi aku telah diuji, tarikh telah diberi melalui internet namun surat temuduga dan dokumen yang perlu disiapkan tidak sampai-sampai ke rumahku. Akibatnya, ketika temuduga, aku sedikit kelam kabut kerana dokumen tidak lengkap diisi kerana ia diberi on-the-spot pada hari temuduga. Aku hanya mampu pasrah diatas dugaan ini.

Sementara menunggu keputusan temuduga, aku menyambung pelajaran ke matrik dahulu. Disana, ramai rakan sesekolahku yang turut menunggu keputusan juga ada. Ketika keputusan temuduga dikeluarkan, seperti yang aku jangka, aku tidak dtawarkan biasiswa. Aku terima kenyataan tersebut dan berusaha meneruskan pengajian.

Melalui senior, aku mendapat tahu MARA ada menemuduga pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ketika semester 1 nanti. Target ku berubah, 4.0 mesti dalam gengaman ketika hujung sem ini kerana ia juga 1 peluang untuk aku menggapai cita2 aku. Selepas berakhir sem 1, memang benar, MARA mengadakan temuduga, namun kriterianya telah diubah, hanya pelajar dengan 3.6-3.8 GPK yang di temuduga. Alasannya, pelajar yg 4.0 berkemungkinan besar menyambung pelajaran di dalam negeri. Sekali lagi aku kecewa, ya benar, kecewa dan hampir melupakan cita-cita ini ketika itu. Namun berkat dorongan rakan2 seperjuangan aku kumpul kembali kekuatan dan kali ini meneruskan kecemerlangan dan fokus kali ini adalah untuk mendapatkan tempat di universiti tempatan.

Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan dengan izinnya, aku berjaya mendapatkan tempat di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Hanya ALLAH tahu betapa gembiranya perasaan ketika itu. Syukur ke hadrat ilahi.

Realiti Medical student tidak sama seperti ketika di matrik dan sekolah, tidak sama seperti course2 lain. Rajin itu perlu, namun dari pengalamanku, rajin belum cukup untuk menjamin kejayaan. Banyak dugaannya, ada yang rajin study setiap hari namun kurang bernasib baik ketika peperiksaan, ada yang bermalas-malasan, namun dapat perform ketika exam. Namun ini yang sebegini hanyalah sebahagian kecil. Kebanyakannya rajin2 belaka untuk mengapai cita2 kami. Aku ada coursemate yang keputusan SPMnya tidaklah secemerlang yang berjaya masuk ke dalam suratkhabar, namun berkat usaha dan minat mereka, ketika di matrik mereka bersungguh-sungguh, berjaya juga melanjutkan cita-cita mereka dalam bidang perubatan. Jangan anggap keputusan SPM anda adalah penanda aras segalanya. Rancanglah cita-cita anda dengan teliti dan gunalah strategi yang betul untuk mencapai cita-cita anda.

Untuk yang merancang untuk memilih bidang perubatan, fikirlah sepenuhnya, bukan kerana keputusan cemerlang anda nak ambik medik, tp keputusan cemerlang itu perlu untuk bersaing mendapat tempat dalam medic. betulkan niat anda, buat kerana ALLAH, bukan buat kerana wang, pangkat dan kehormatan yang akan diterima. Insyaallah ALLAH memudahkan lorongan anda kepada cita-cita yang anda kehendaki ini. Lagi 1, bukan oversea je ade medic, consider other option, in and out. Bagi yang mid-archiever tp msh berminat, Biarlah keputusan anda ketika ini kurang cemerlang, setelah anda menempatkan diri di pusat pre-u, anda adalah setaraf, SPM itu simpan untuk kepilkan masa nak apply Uni nanti. Berusahalah untuk mencapai cita-cita anda, anda harus tolong diri sendiri.

dahlah, apelagi aku nak mengarut ni, nampaknye mungkin agak emo bila membaca komen2 dan entry blog mamat tu. sok pagi kul 7.30 pagi ade ward round dah. Pada pembaca yang mendapat manafaat dr entry ni, alhamdulillah, pada yg tak, bleh rekomen pada yang berkenaan. tq

Tuesday, March 16, 2010

Minor Posting

Basically minor posting involves rotation between 4 dept which is the Opthalmology, Anesthesiology, Emergency Medicine and ENT, each for 2 weeks. The most busy posting was ENT, The least busy was Anest, the best posting was AnE and Opthal won award for fair and square posting.

Firstly, it was Opthalmology Posting. I was once asked, how much can you learn from an Organ? basically an eyeballs? even ENT was 3 organ posting. The answer from lecturer was simple. It was everything. You would learn about neurology, medical, systemic disease and also surgery. It was true as we not only learn about the disease of the eye, it also includes other disease that have presentation on the eye, from DM to trauma.




The Anest posting, basically which deals with pains and sedations. At first I thought the work of anesthetist was as easy as giving drugs to the patient. The reality was they bears the responsibility of life of the patient, either in ICU or for patient to undergo a safe surgery. Anesthetist once was potrayed by Adam Kays(amateur transplant) in Anesthetist hymn. enjoy it!




Next, it was AnE posting, deals with triage the patient and also early management of patient. Here we learn to do procedure, inserting branula, taking ABG, inserting urinary catheter, simple suturing and if you lucky, doing a resuscitation. My friends and I usually came after midnight despite our session in the morning or evening coz we love it and we did completed the compulsary 10 session before the schedule time.

Last but not least was ENT. It was busy as there were a lot of tutorials and classes in addition to the clinic and wardwork. + u have to read about ENT, which is a lot to cover by 8days posting. However, we got through it and was a bit lethargic with the posting. FOr that, before started our major posting, we went traveling to Taman Negara which I may write later..


1 nite out n Broga hill

It was December and it was a blessed month as we had long weekend for 3 weeks in the row. So together with Hanafi, Faizul and Sahrul, we plan to had a nite out; watching nite scenery of KL + Lookout Point + Broga hill.

Pemandangan di sekitar dataran merdeka. Tak boleh duduk lama2, karang x pasal2 kene cekup


After a while in the city centre, we drove our way to Ampang, to the famous lookout point, where you can see the whole city from there.

From there, we went down to cheras and started our way to Broga as we planned to conquer it by the dawn. However, as we entered Lekas highway, there was something different and unusual with the car, it started to losing it's speed and we only can maintain it at 30km/hr. As we reaching the exit toll of Lekas, the car didn't have a speed anymore and we stucked there till the morning. The toll truck only came in at 9am and we stuck there since 4am in the morning. Our plan to see the early morning scenery from broga hill was busted and to compensate it, i'll take the pic of that morning.

The problems with the car was its gearbox. That morning, after settling the procedure we went to Kajang before take a komuter back to KL. It was unfortunate day for us.

Sunday, March 14, 2010

Gynecology Posting and Primary Care Posting



After 2 months period of remedial classes, we started to attend actual classes. 1 started with gynecology posting for a month. As my mind still oozing away as most of us didn't actually have holiday period, the exam yesterday juz seem so far away.

People's said, the 4th year is a honeymoon period as we didn't have the professional exam and this may be the time we slacking off. I take it easy and under no pressure to rush with ward work or even bother reading a book. Most the time we just attend tutorials + ward round and we were as happy as ever. The dept is really strict with attendance so we choose to stay out of trouble most of the time. Our motto that time it is better to sleep in class during the tutorials presentation than have to write the letter explaining the absence.

In the PCM posting it was even better. We had 2 weeks of variety posting, a week of GP and a week of clinical posting. In variety posting, as usual, a "lawatan sambil belajar" to dept in primary care posting including home visits to patients houses around KL. In the clinical posting it was a bit challenging as we had to clerk patient in front of the lecturer which only separated by a mirror.



In this period of 2 months my friends and I did a waterfall hunting around KL n Selangor as we got off in the evening. We discover Kanching waterfall as 1 of most beautiful and satisfying waterfall here and the distance is fair, about only 30min driving from um. We have picnic there several times jus to kill times and for sure, we love waterfalls!!

During the transition we also had trip to Malacca n Muar. It just a 2days1night trip, however we did enjoy it a lot. Upon reaching Malacca, we had the sightseeing of Malacca town before went to Nafis's House in Muar. There we had the best Mee Rebus Muar ever before went to sleep. On the next day, we went to A'Famosa waterworld and plays there from morning till late evening before went to Umbai for dinner. As you know, umbai is one of the popular places for fresh seafood and we had a great time there before started our journy back to UM. It was unlucky that i didn't bring my cam there.

Remedial Period

After passing the final exam last year, some of my friend and i were held in the university to do a remedial surgery posting as a punishment of negligence of our attendance in the posting. I can't remember any part of my surgical posting that i didn't attend for more than a week. yes, i acknowledge that i ditch 2WR and 2seminars in the 2 months posting however my group has been the busiest surgery grup in my whole batch. we had about 2-3 wr a week compared to others that may have 2-3 wr in 2 weeks. Surgery posting has become legendarily known as a honeymoon posting since our seniors time. The only positive things that i can pickup before i'm attending this posting was 'at least we won't have to do the elective report' and take it as motivation to go through the posting.

On the first day, we were separated to 2 groups, total 5 of us were divided to a group of 2 and 3. Arina and I was in a group and mizan,izzati and fauziah in other group. My grup were attached to Colorectal Surgery team lead by Prof April Roslani and the others were attached to Breast Surgery Team lead by Prof Yip HW. We were closely monitored by our supervisor, Dr Chong HY. This time, an absent was not tolerable and we may not be able to proceed to phase 3B if there was another problem.

Our routine was to follow their team early morning wr, clerk all the team's patient(basically almost half of 7 u), follows clinic on monday, going to OT every Tuesday and Thursday, present a case on wednesday and friday. Usually the lec will let us off after 1 and we will have a beautiful afternoon in the room or went out.

weeks come and go, we finally end the whole compulsary 8weeks. A lot have we learned through the period and somewhat prepared our mind for the next 1 and half year. Thank you to Dr Chong and his team. we really appreciate it

Redemption..

Sorry, i have not updated my blog for the past 7months..
there was a lot of things happened however i'm unable to share it...
i would at least give a brief of it later..

i juz not in the mood of blogging for the past 7 months and i'm sorry for it
the explanations was as simple as that coz alot of thing that happened complicated the situation and i'm in the state of refusing the reality and try to be as usual.
the truth is, i'm trying to mend the broken and pieces of it and hoping it at least pushing me forward and i'll find something better later..
rite now, i realize it do affect my life significantly and i juz have to accept the reality
and i make a decision to get through it...

i might or may not be actively blogging, however i'll try to shared my best opinions and experiences with you...

pray for the best and hope i will go through this..