Wednesday, March 17, 2010

Special Entry: Kursus Perubatan

Khamis minggu lepas, keputusan SPM diumumkan. Untuk warga2 SM Sains Seremban termasuk alumni berasa sungguh bersyukur dan gembira kerana SASER berjaya mengekalkan kecemerlangan. Tahniah pada adik2 junior SASER dengan keputusan SPM yg sungguh cemerlang. Tahniah pada guru-guru SASER, semangat kalian tidak lentur mendidik anak didikmu.

Malam ini, hati aku tergerak untuk melayari Internet, membuka laman web berkaitan dengan alumni dan sekolah, dan aku terlayar laman sesawang http://ohmalaysia.com milik Amirruddin Said, seorang pelajar farmasi di Australia. Laman webnya kemas dan penuh pengisian. Sebagai seorg pelajar cemerlang SPM yang mendapat biasiswa, Saudara Amir berkongsi pendapat dan pengalamannya memohon biasiswa. Aku tertarik dengan entry belau yg bertajuk "kenapa nak ambik course medic?" http://ohmalaysia.com/blog/kenapa-nak-ambil-course-medik/

Aku sebenarnya tertarik dengan pengolahannya, "ramai orang nak ambik medik sebab dapat straight A's" dan juga "walaupun result SPM anda hebat sekalipun, itu belum menjanjikan anda cemerlang masa degree". Aku bersetuju dengan pendapatnya. Sebenarnya ramai pelajar selepas SPM tidak tahu hala tuju mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan untuk masa depan mereka. Dengan keputusan yang begini, apakah peluang saya untuk menyambung pelajaran di peringkat seterusnya?

Faktor kemerosotan pelajar di universiti ada kaitan dengan kursus yang dipilih, ia bukan semudah SPM dimana anda boleh drop paper mengikut kemampuan. Apa yang anda harus buat untuk pelajar2 lepasan SPM, anda harus fikir betul2 apa yang anda ingin lakukan untuk 10 tahun seterusnya. Cuba explore pilihan yang anda buat, dapatkan maklumat dan nasihat daripada ibu bapa dan orang yang berkenaan dalam bidang tersebut. Jangan tangkap muat, apply semua biasiswa/peluang yang ada, tp tiada satu pun yang anda berkenan dalam hati. Jujur pada diri dan buatlah istiharah jika perlu.

Dahulu, aku juga seperti mereka. Aku tidak tahu apa yang aku mahu sebenarnya. Dengan keputusan SPM yang cemerlang namun belum lagi tiba ditahap gemilang, tiba-tiba aku menjadi buntu mengenai pilihan masa depan saya. Sedangkan ketika disekolah, dengan mudah menjawab persoalan ini apabila ditanya guru2. Aku bertanya pada abah dan ummi, aku dapatkan nasihat mengenai bidang2 yang mempunyai kemungkinan, dan aku membuat istiharah. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH akhirnya aku memilih jalan ini. Namun, ia bukannya satu jalan yang mudah untuk aku. Untuk mendapatkan tempat sahaja jalannya penuh cabaran.

Selepas SPM, kami dibenarkan untuk memilih diantara tajaan JPA atau MARA jika nak menyambung pelajaran dalam perubatan. Oleh kerana perspektif MARA untuk menghantar pelajar ke negara-negara Eropah berbanding Indonesia dan India bagi JPA, aku memilih MARA. Jalannya bukan mudah. Sebelum temuduga lagi aku telah diuji, tarikh telah diberi melalui internet namun surat temuduga dan dokumen yang perlu disiapkan tidak sampai-sampai ke rumahku. Akibatnya, ketika temuduga, aku sedikit kelam kabut kerana dokumen tidak lengkap diisi kerana ia diberi on-the-spot pada hari temuduga. Aku hanya mampu pasrah diatas dugaan ini.

Sementara menunggu keputusan temuduga, aku menyambung pelajaran ke matrik dahulu. Disana, ramai rakan sesekolahku yang turut menunggu keputusan juga ada. Ketika keputusan temuduga dikeluarkan, seperti yang aku jangka, aku tidak dtawarkan biasiswa. Aku terima kenyataan tersebut dan berusaha meneruskan pengajian.

Melalui senior, aku mendapat tahu MARA ada menemuduga pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ketika semester 1 nanti. Target ku berubah, 4.0 mesti dalam gengaman ketika hujung sem ini kerana ia juga 1 peluang untuk aku menggapai cita2 aku. Selepas berakhir sem 1, memang benar, MARA mengadakan temuduga, namun kriterianya telah diubah, hanya pelajar dengan 3.6-3.8 GPK yang di temuduga. Alasannya, pelajar yg 4.0 berkemungkinan besar menyambung pelajaran di dalam negeri. Sekali lagi aku kecewa, ya benar, kecewa dan hampir melupakan cita-cita ini ketika itu. Namun berkat dorongan rakan2 seperjuangan aku kumpul kembali kekuatan dan kali ini meneruskan kecemerlangan dan fokus kali ini adalah untuk mendapatkan tempat di universiti tempatan.

Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan dengan izinnya, aku berjaya mendapatkan tempat di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Hanya ALLAH tahu betapa gembiranya perasaan ketika itu. Syukur ke hadrat ilahi.

Realiti Medical student tidak sama seperti ketika di matrik dan sekolah, tidak sama seperti course2 lain. Rajin itu perlu, namun dari pengalamanku, rajin belum cukup untuk menjamin kejayaan. Banyak dugaannya, ada yang rajin study setiap hari namun kurang bernasib baik ketika peperiksaan, ada yang bermalas-malasan, namun dapat perform ketika exam. Namun ini yang sebegini hanyalah sebahagian kecil. Kebanyakannya rajin2 belaka untuk mengapai cita2 kami. Aku ada coursemate yang keputusan SPMnya tidaklah secemerlang yang berjaya masuk ke dalam suratkhabar, namun berkat usaha dan minat mereka, ketika di matrik mereka bersungguh-sungguh, berjaya juga melanjutkan cita-cita mereka dalam bidang perubatan. Jangan anggap keputusan SPM anda adalah penanda aras segalanya. Rancanglah cita-cita anda dengan teliti dan gunalah strategi yang betul untuk mencapai cita-cita anda.

Untuk yang merancang untuk memilih bidang perubatan, fikirlah sepenuhnya, bukan kerana keputusan cemerlang anda nak ambik medik, tp keputusan cemerlang itu perlu untuk bersaing mendapat tempat dalam medic. betulkan niat anda, buat kerana ALLAH, bukan buat kerana wang, pangkat dan kehormatan yang akan diterima. Insyaallah ALLAH memudahkan lorongan anda kepada cita-cita yang anda kehendaki ini. Lagi 1, bukan oversea je ade medic, consider other option, in and out. Bagi yang mid-archiever tp msh berminat, Biarlah keputusan anda ketika ini kurang cemerlang, setelah anda menempatkan diri di pusat pre-u, anda adalah setaraf, SPM itu simpan untuk kepilkan masa nak apply Uni nanti. Berusahalah untuk mencapai cita-cita anda, anda harus tolong diri sendiri.

dahlah, apelagi aku nak mengarut ni, nampaknye mungkin agak emo bila membaca komen2 dan entry blog mamat tu. sok pagi kul 7.30 pagi ade ward round dah. Pada pembaca yang mendapat manafaat dr entry ni, alhamdulillah, pada yg tak, bleh rekomen pada yang berkenaan. tq

No comments:

Post a Comment